Tuesday, Nov. 15, 2005 @ 10:23 p.m.
Raya di Jepun

Raya tahun ni memang simple habis. Kuih and kek banyak sebab bawa dari Malaysia. Masak beriyani tapi terpedas sebab terlebih letak rempah.

Sembahyang raya mula pukul 7.30 pagi. Punyalah cepat. Dahlah budak ni tak biasa lagi dengan iklim Jepun ni, bangun pun lewat. Akhirnya suami saja yang pergi sembahyang raya di universiti. Dia pakai baju Melayu tanpa samping tapi itu pun katanya dah overdressed sebab orang lain pakai T-shirt je.

Kami beraya kat 2 rumah Melayu lain. Satu tengah hari dan satu lagi malam. Yang tengah hari tu menunya banayk betul Nasi tomato, nasi impit, rendang, kuah kacang, ayam masak merah, kek buah, kek coklat. Yang malam tu taklah banyak sanagt sebab isterinya student, mana sempat nak masak beria. Kami pula langsung tak ajak orang. Pinggan mangkuk di rumah pun masih tak sempurna.

Mujur juga hari tu public holiday kat Jepun so suami tak ada kelas. tapi tengok-tengok petang tu dia ada discussion so kenalah juga pergi sekolah.

Haritu bulan puasa aku turun berat 6 kg. Happy tak terkata sebab jeans lama yang aku dah give up and suruh maid bawa balik malaysia (tapi dia tak bawa sebab dia pun dah tak muat bag), boleh pakai semula. Sejak datang Jepun, tak puasa sarapan makan, tengah hari makan, rasanya berat dah naik semula kot.

Timbang tak ada jadi tak boleh nak confirm. Macam mana pun mungkin naik tak banayk, sebab jeans lama masih boleh pakai and cincin tunang yang dah 7 tahun tak pakai sebab tak muat, boleh pakai semula. Cuma pakai sebelah kirilah, bukannya kanan. Kalau boleh maintain kurus macam ni sampai balik Malaysia memang seronok. Sebabnya aku pernah terbaca satu artikel dalam majalah. Dalam artikel tu kata, kalau nak turunkan berat badan kena masa belum 40. Kalau dah umur 40, turun berat badan mendadak menyebabkan jadi nampak tua. Bahaya juga tu.


P
u
r
p
l
e

N
e
c
t
a
r
<<   >>