Friday, Sept. 26, 2003 @ 1:56 p.m.
Al-Fatihah

Minggu ini ada 2 kematian di dalam keluargaku.

Pertama ialah pada hari Isnin malam Selasa, adik perempuanku Syamilah yang berusia 16 tahun meninggal setelah seminggu berada di dalam keadaan koma di hospital. Aruah diserang sawan semasa berada di dalam bilik air, terjatuh dan terhempas kepala.

Disebabkan aku telah banyak menghabiskan cuti sebelum ini, aku hanya pulang melawatnya di hospital selama 2 hari dan selepas aruah meninggal juga, aku hanya mengambil cuti 2 hari lagi. Aku pulang ke sini pada petang Rabu. Itulah kali pertama aku berpeluang terlibat dalam memandikan jenazah dan mengikat kain kapan.

Kemudian malam tadi, terima satu pesanan daripada adik perempuanku memberitahu yang bayi lelaki berusia 4 bulan, anak kepada adik lelakiku baru meninggal dunia. Dia dimasukkan ke hospital pada pukul 12 tengah hari dan tidak sampai 12 jam kemudian telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menghadapi masalah paru-paru berair. Aku tidak dapat pulang sebab sudah tidak banyak cuti yang tinggal. Insya Allah mungkin akan melawat mereka di Manjung pada awal Oktober.

Apa yang kami perlukan di saat begini? Hanyalah doa, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian Allah. Semoga roh adikku di tempatkan bersama roh orang-orang beriman, dan semoga kehilangan anak kecil menjanjikan syurga buat adik lelakiku dan isterinya.

Terima kasih atas ucapan takziah dan doa daripada semua.

Sejak akhir-akhir ini aku sering menulis di sini.


P
u
r
p
l
e

N
e
c
t
a
r
<<   >>