Thursday, Sept. 11, 2003 @ 1:10 p.m.
Kembali Bertugas

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat sembuh kepadaku: Kak Su, Ros, Elin, Inaz, Odi, Bintang Sepi, Spyz, AMD, Mat Jan, Cikgu Midad, Unactive dan Jubeiz. Aku kini telah mula bertugas setelah hampir sebulan berehat dan menjaga orang-orang sakit di rumah.

Memang banyak dugaan, selepas seorang seorang pula masuk wad, tetapi tidaklah sebesar mana ujiannya berbanding dengan orang yang sakit melarat namun tak mampu membiayai belanja perubatan. Aku bersyukur belanja pembedahan dan perubatan dibiayai oleh syarikat suami bekerja dan tanpa rasa bimbang boleh mendapatkan khidmat doktor pakar. Hanya isi borang dan buat beberapa panggilan telefon. Alhamdulillah.

Bila kita jatuh sakit kita jadi insaf yang kita sebenarnya ialah makhluk yang lemah. Selain memohon pada Allah, bila kita sakit dan tidak berdaya, kita juga perlukan pertolongan orang lain. Sebab itulah kita tak boleh sombong dengan orang. Walaupun aku marah, sakit hati dan kurang senang dengan perangai pembantu rumahku (yang lama dan telah dihantar pulang minggu lepas), dia banyak menolong sepanjang aku berehat di rumah.

Badanku masih terasa lemah tidak bermaya. Walaupun tak sempat menjamu mata dan berbelanja semasa Jualan Mega Bulan Ogos, bila balik ke pejabat tidak terasa pun nak pergi ke Sogo. Terasa macam tidak berdaya berjalan (Aku yang biasanya kuat berjalan dan berjalan cepat sekarang ni terpaksa berjalan di belakang orang tanpa memotong walaupun mereka lenggang kangkung itik pulang petang). Aku tak pasti sama ada memang betul aku kurang bertenaga ataupun semuanya hanya perasaan aku sendiri – faktor psikologi sahaja. Minggu depan aku ada temu janji dengan doktor, jadi bolehlah aku tanya. Macam mana pun di antara kesan-kesan sampingan ubat yang aku makan Dimetriose ialah lethargy, weight gain and headache. Jadi mungkin juga sebab ubat. Sakit di bahagian abdomen pun sesekali masih terasa. Menurut doctor itu perkara biasa. Aku pun dah baca macam-macam pengalaman orang yang mengalami endometriosis . Aku bersyukur kesakitan yang aku rasa sangatlah sikit berbanding mereka. Lagi satu aku juga mengalami insomnia. Adakah ini berkaitan juga atau aku yang melayan perasaan berlebih-lebih?

Hujung minggu depan pejabatku ada menganjurkan Hari Keluarga di Melaka. Insya Allah kami sekeluarga akan pergi. Cuma aku tak pergi ke Muzium Royal Mint yang dianjurkan oleh NAGC (National Association of Gifted Children) pada hari Jumaat ini. Kesian anak aku tak dapat ikut lawatan walaupun sekolah tengah cuti, tapi aku tak mahulah ambil cuti banyak sangat. Apa pula boss kata nanti.


P
u
r
p
l
e

N
e
c
t
a
r
<<   >>