Thursday, May. 22, 2003 @ 1:15 p.m.
RM7.3 billion Stimulus Package

Our government has announced a RM7.3 billion stimulus package to boost our economy and part of that is yours truly will receive a half-month bonus. Yahoo!!! Asal dengar aje duit mulalah berangan. Teruk betul aku ni.

MTUC pula sibuk bila caruman EPF dikurangkan dari 11% kepada 9%, risau retirement fund kurang. Senang aje orang-orang yang terlibat tu nak atasi masalah ni. Buatlah potongan gaji untuk 2% tu masuk Tabung Haji atau ASB/ASN (bagi bumiputera). Kalau tidak pun tambahlah insurans, boleh dapat pengecualian cukai sama macam caruman EPF juga. Kalau takaful lebih baik, sebab dah bayar zakat sekali.

Mungkin bagi orang yang gajinya hanya RM500, 2% hanyalah RM10, jadi mungkin bila nak buat potongan ke Tabung Haji atau ASB, rasa macam sikit sangat dan segan nak buat. Kalau sendiri rasa sikit dan tak mahu bersusah payah untuk masa depan, tak payahlah banyak songel. Janganlah salahkan EPF. Hakikatnya RM10 sebulan akan jadi RM120 setahun dan dalam masa 10 atau 20 tahun berapakah nilai dividennya?

Aku rasalah daripada MTUC sibuk-sibuk tak suka dengan pengurangan ni, baik dia buat pendedahan perancangan kewangan untuk ahli-ahlinya. Jangan salahkan orang bagi kita duit lebih kalau kita tak nak berusaha menyimpannya sendiri. Bagi orang gomen macam aku yang masuk skim pencen, caruman EPF ini tak memberi kesan apa-apa. Tapi kalau ada antara kawan-kawan yang mencarum EPF dan risau dengan jumlah 2% tu, aku boleh tolong bagi cara-cara untuk menyelamatkannya.


P
u
r
p
l
e

N
e
c
t
a
r
<<   >>