Monday, Apr. 28, 2003 @ 1:08 p.m.
Websites Daayah Yahudi/Kristian

Please check.

Please send this message to all your contacts!!!

If you don't.... A Muslim(s) around the world could be receiving false information about Islam which you know about, so I would send this messages as soon as u have read it.

Beware of the following websites:

1.www.answering-islam.org

2.www.aboutislam.com

3.www.thequran.com

4.www.allahassurance.com

These sites have been developed by the Jews Who Intentionally spread wrong information about the QURAN, the HADITH and Islam

Please spread this information

To all the Muslim brothers and sisters around the world.

(source: forwarded email)

Aku terima e-mail ni beberapa hari lepas, tetapi disebabkan PC aku rosak dan kena menumpang orang, hari ni baru sempat baca.

Aku dah pergi semua website yang disebut diatas. Aku jumpa pula link http://answering-islam.org/testimonies/ yang terdapat pengakuan orang-orang Melayu yang dah masuk Kristian. Aku baca sekali lalu tetapi lebih kurang kesimpulannya sebab ajaran dalam Islam lebih kurang sama dan mereka percaya ajaran tu berasal daripada Kristian. Lagi satu sebab mereka masuk Kristian ialah jaminan yang mereka akan masuk syurga disebabkan dosa mereka telah ditanggung oleh Jesus. Ada satu tu pengakuan oleh Jamilah dalam format mp3. Siap ada padri bercakap Melayu, lagu sembahyang Kristian dalam bahasa Melayu, perkataan Allah disebut berulang kali. Alamat yang disebutkan ialah di Bangkok.

Bila tengok semua tu memang menakutkan. Orang-orang yang murtad ni bukanlah yang tak pernah belajar agama Islam. Ada seorang tu memang ada ijazah lagi. Tapi tak tahulah di mana silapnya. Mungkin agama diajar sebagai ritual tanpa penjelasan yang betul. Macam mana aku nak pastikan anak aku tak terpengaruh dengan ajaran sesat seperti ini?

Semasa aku mencari dan memastikan kandungan website tu aku terjumpa pula website AlBalagh yang menghalang kita dari menyebarkan e-mail seperti yang aku dapat tu. Kononnya kalau disebarkan akan menyebabkan pelawat dia bertambah dan menambahkan populariti website jahat tu. Aku rasa AlBalagh ni macam genuine Islam, tapi kalau tersilap aku minta maaf, sebab aku tak sempat nak check semua link dia.

Selepas baca AlBalagh ni aku jadi keliru. Adakah aku patut menyebarkan atau mendiamkan saja. Kalau didiamkan takut pula orang-orang yang kurang ilmu baca websites yang disebut tu dan terus percaya bulat-bulat.

Jadi aku buat keputusan untuk menulis di sini tanpa link. Kalau ada orang yang berminat, dia perlu copy paste.

Aku harap tindakan aku ni betul. Harap sesiapa yang membaca ni boleh berikan pendapat. Kalau ramai orang kata apa yang aku buat ni salah, aku akan delete semula entry ini.

Aku harap mendapat feedback daripada pembaca. Sekian terima kasih.


P
u
r
p
l
e

N
e
c
t
a
r
<<   >>